Khamis, 3 April 2014

Kebakaran Besar Di Gua Musang

Saya dimaklumkan satu kebakaran besar berlaku di Dataran Shell, Persiaran Raya, Gua Musang malam tadi yang mengakibatkan belasan individu cedera dan sejumlah kenderaan terbakar. Saya berkongsi rasa sedih di atas insiden tersebut dan merakamkan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Insya-Allah saya akan usahakan untuk melawat mereka yang terlibat dan menghulurkan bantuan Tabung Serambi Mekah. Buat masa sekarang, saya di dalam perjalanan ke Johor bagi mengikuti program Sambutan 60 Tahun PAS Johor.

Harapan saya agar kejadian seperti ini tidak berulang dan semua pihak berhati-hati di dalam menguruskan bahan-bahan api di premis masing-masing. Ini kerana sebarang kecuaian akan mendatangkan akibat yang tidak diduga kepada mangsa yang tidak berdosa.


(Ustaz Dato Ahmad bin Yakob)
Menteri Besar Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab UKMB ONLINE. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman

LIVE SIDANG DEWAN RAKYAT